𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐩𝐡𝐚 𝐒𝐚𝐤𝐦𝐮𝐝, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐤𝐞 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Lawatan dimulakan dengan YB. Datuk menaiki Kapal RV Discovery UMT belayar sambil diberikan penerangan mengenai kapal oleh Kapten Kapal. Seterusnya diadakan pelepasan Kontinjen Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mewakili Malaysia untuk FISU World University Championship Densenzano, Italy yang berlangsung di perkarangan jeti Duyong Marina & Resort. Dalam kejohanan FISU World University yang bakal berlangsung pada 4-11 Jun depan, UMT akan menghantar seramai 6 orang pelajar sebagai satu pasukan di bawah bimbingan Pengarah Pusat Latihan Pelayaran UMT, Mohd Hafizi Said. Kementerian Pendidikan Tinggi turut menyumbang RM10,000.00 kepada Pasukan Pelayaran UMT bagi menampung perbelanjaan di Itali nanti. Turut hadir, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMT dan Pegawai-Pegawai Utama dan Kanan UMT.