UMT Terengganu E-Sailing League 2021 July Series
Pada 23 hingga 25 Julai 2021 Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu telah kembali dengan aktiviti bulanannya iaitu kejohanan E-Sailing bagi sesi Julai. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang semakin merosot kejohanan ini terpaksa ditangguhkan dan dapat diadakan pada bulan Julai.
Kejohanan pada siri Julai ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta daripada pelbagai negeri dan dari pelbagai kategori umur. Hal ini demikian kerana, seramai 216 telah menyertai kejohanan ini. Tambahan pula, seramai 112 daripada peserta tersebut merupakan peserta baharu yang menyertainya buat kali pertama.