UMT NATIONAL ESAILING CHAMPIONSHIP 2022

UMT NATIONAL ESAILING CHAMPIONSHIP 2022

Sempena Hari Pelaut 2022 peringkat kebangsaan, Pusat Latihan Pelayaran UMT dan Jabatan Laut Malaysia telah menganjurkan kejohanan UMT NATIONAL e-SAILING CHAMPIONSHIP 2022 SIRI 2. Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, RANACO Education & Training Institute, Pengakap Laut Malaysia, MIMET UNIKL, MyMET (Malaysia Maritime Education Training Association) dan Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA). Seramai 121 orang peserta terdiri daripada pelayar kebangsaan, pelayar negeri, pelajar universiti dan sekolah menyertai kejohanan ini bermula 22 hingga 24 Julai 2022. 7 kategori yang dipertandingkan adalah terbuka keseluruhan, bawah 12 tahan, bawah 15 tahun, bawah 21 tahun, bawah 34 tahun, Master dan terbuka MET