UMT NATIONAL E-SAILING CHAMPIONSHIP 2025
Acara: Pelayaran Maya (E-Sailing)
Tarikh: 6–7 Mei 2025 (Selasa–Rabu)
Lokasi: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Makluman / Laporan Kejohanan
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Kelab Pelayaran UMT dengan kerjasama Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sepanjang kejohanan, pasukan teknikal UMT telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi teknikal e-sailing, termasuk menyelaras sistem perlumbaan maya dan membantu dalam aspek teknikal serta logistik digital kejohanan.
Penglibatan ini telah disertai oleh 21 jawatankuasa kejohanan serta seramai 194 peserta yang terdiri daripada pelajar UMT, UKM, UIS, Kolej Vokasional, Tingkatan 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, Kedah dan komuniti pelayaran daripada pelbagai negeri.
Hampir kesemua peserta mempunyai pengalaman dalam pelayaran sebenar namun kali ini mereka mengambil bahagian dalam perlumbaan secara maya menerusi platform e-sailing.
