Sesi Pengenalan Pengendalian Kapal Layar Monsoon Cup (F36) Siri 1
Pusat Latihan Pelayaran telah menganjurkan Sesi Pengenalan Pengendalian Kapal Layar Monsoon Cup (F36) di sekitar perairan Pulau Duyong Siri 1 pada 22 Oktober 2020 (Khamis). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan secara umum pengendalian kapal layar di atas air. Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman dan merasai situasi sebenar pelayaran.