Royal Langkawi International Regatta (RLIR) 2020

Pusat Latihan Pelayaran UMT dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terenganu telah menyertai Royal Langkawi International Regatta 2020 pada 6-11 Januari 2020 di Pulau Langkawi. Ini merupakan penyertaan UMT kali ke-3 di dalam kejohanan kapal layar antarabangsa terbesar di Malaysia. UMT akan disertai 16 pelajar, 2 jurulatih dan 3 pegawai urusetia di dalam kategori Sport-Boat ( Platu Class). UMT juga merupakan satu satunya pasukan IPT di Malaysia yang menyertai pertandingan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *