Pusat Latihan Pelayaran merangkul dua emas dalam Karnival Inovasi@UMT2020
29 November hingga 3 Disember 2020: Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menyertai Karnival Inovasi@UMT2020. Karnival Inovasi@UMT2020 terbahagi kepada dua kategori iaitu Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP) dan Pertandingan Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN). PLP telah menghantar tiga poster iaitu We Can’t Direct the Wind, but We can Adjust Our Sail bagi kategori AIPN, manakala From Local to Global an Innovation of Online Gamification Approach for Classroom Practical Session dan Discord for Delivering Gamification in Education bagi kategori AIPP. PLP telah merangkul dua pingat Emas dan satu gangsa bagi kategori-kategori tersebut.