Tutorial Pembinaan Model Bot 2.0 Secara Online

Tutorial Pembinaan Model Bot 2.0 Secara Online

Selaras dengan peningkatan kes covid-19 di Malaysia , aktiviti pembelajaran secara bersemuka di semua institusi pendidikan terpaksa ditangguhkan. Hal ini bertujuan untuk membantu kerajaan untuk menghentikan penularan wabak covid-19 ini.

Oleh hal demikian bagi menyempurnakan usaha murni ini, Pusat Latihan Pelayaran UMT telah melaksanakan kelas amali secara maya kepada para pelajar yang mengambil subjek (MNS 2203) Kompentasi Asas Pelayaran.

Pada 17 Jun 2021 Pusat Latihan Pelayaran UMT telah mengadakan Tutorial Pembinaan Model Bot 2.0 di aplikasi Sicso Webex. Tutorial ini dilaksanakan selama satu jam di bawah bimbingan Pak Hashim iaitu pakar pembuat bot tradisional Pulau Duyong. Walaupun kelas amali secara maya sedikit mencabar kepada pengajar dan pelajar tetapi penyampaian ilmu perlu disampaikan secara berterusan kepada para pelajar.