KEJOHANAN UMT NATIONAL E-SAILING CHAMPIONSHIP 2023
Kejohanan UMT National e-Sailing Championship 2023 adalah siri ke 4 yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Pelayaran, Universiti Malaysia Terengganu (PLP-UMT) dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Luncur Angin Terengganu (TWSA) pada 14-15 April 2023 secara maya.
Seramai 149 orang peserta dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta IPTA/IPTS seluruh Malaysia dan diantaranya ialah SK Bukit Tembaga, Kedah, Kolej Vokasional Port Dickson , Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), atlet negeri dan pelajar UMT.
6 kategori dipertandingkan iaitu 12 tahun kebawah, 15 tahun kebawah, 21 tahun kebawah, 34 tahun kebawah, 35 tahun keatas (master) dan UMT tertutup. Penyertaan kali ini lebih mencabar apabila 61.7% daripadanya adalah peserta baru.
Terima kasih kepada semua peserta dan urusetia teknikal yang telah menjayakan kejohanan kali ini. Tahniah juga kepada para pemenang Kejohanan UMT e-Sailing Championship 2023. Semoga kita berjumpa di kejohanan e-sailing akan datang.