Kejohanan Liga: Umt Terengganu E-Sailing League 2021 February Series

Kejohanan Liga: Umt Terengganu E-Sailing League 2021 February Series

26 hingga 28 Februari 2021: Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Kejohanan Liga: UMT Terengganu e-Sailing League 2021 February Series. Kejohanan ini merupakan kejohanan bersiri yang telah bermula pada tahun lalu iaitu Jun 2020 di platform rasmi pelayaran maya, iaitu Virtual Regatta.Com. Kejohanan ini merupakan kejohanan sukan elektronik pelayaran peringkat kebangsaan yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Seramai 156 peserta dari dalam dan luar Negara. E-Sailing bukanlah sekadar permainan video maya biasa tetapi ia membina keyakinan pelayar untuk berlumba, meningkatkan pemahaman undang-undang pertandingan, mempraktikkan strategi dan tektikal pertandingan serta mengeratkan hubungan di antara pelayar.