*Kapal Layar UMT Daya Tarikan Baharu*
Selain kapal penyelidikan RV Discovery,UMT juga mempunyai 2 buah kapal layar F36 untuk kegunaan pembelajaran & pengajaran (PnP) ilmu pelayaran serta pembangunan bakat muda negeri Terengganu melalui Pusat Latihan Pelayaran. Ini juga selari dengan bidang tujahan UMT iaitu ilmu kelautan dan sumber akuatik. Melalui program yang dijalankan, ramai bakat-bakat baharu telah dicungkil dan diketengahkan melalui penyertaan kejohanan seperti Terengganu Monsoon Challenge dan juga Langkawi International Regatta.
Tambahan pula, UMT melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik – FTKKI UMT juga menawarkan program berkaitan kapal iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim). Program ijazah ini menekan aspek rekabentuk dan teknologi pembuatan sesebuah kapal dan bot yang mana menggabungkan elemen seni, sains serta kejuruteraan mekanikal.
Menarik bukan? Jom masuk UMT. Banyak lagi keunikan yang ada di sini.
*Terima kasih Pengarah PLP Hafizi Said, Izhar Mustaat, & Coach Ku Anas Ku Zamil atas jemputan latihan atas kapal layar. kemah keming sokmo.