Virtual Regatta Grand Final UMT Terengganu e-Sailing League 2021

Virtual Regatta Grand Final UMT Terengganu e-Sailing League 2021

20 Mac 2022. Seramai 252 peserta yang terdiri daripada pelayar-pelayar negeri di seluruh Malaysia, pelajar sekolah menengah dan rendah, pelajar IPTA dan IPTS serta orang awam telah menyertai Virtual Regatta Grand Final UMT Terengganu e-Sailing League 2021.

Kejohanan ini merupakan kejohanan bersiri yang telah bermula pada tahun lalu iaitu Jun 2020 di platform rasmi pelayaran maya, iaitu Virtual Regatta.Com. Kejohanan ini merupakan kejohanan sukan elektronik pelayaran peringkat kebangsaan yang julung kalinya diadakan di Malaysia. E-Sailing bukanlah sekadar permainan video maya biasa tetapi ia membina keyakinan pelayar untuk berlumba, meningkatkan pemahaman undang-undang pertandingan, mempraktikkan strategi dan tektikal pertandingan serta mengeratkan hubungan di antara pelayar. Kejohanan ini adalah anjuran daripada Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA).

Walaubagaimanapun, dari 252 orang hanya 10 orang peserta telah terpilih dan layak ke Grand Final 2021. Pemenang keseluruhan tempat pertama bagi kejohanan tahun 2021 telah dimenangai oleh Muhammad Shaifullah Bin Ali dari negeri Selangor dengan kutipan mata sebanyak 16 point.