LANGKAWI INTERNATIONAL YOUTH REGATTA 2025
Acara: Pelayaran Peringkat Antarabangsa
Tarikh: 18-22 Jun 2025 (Jumaat–Ahad)
Lokasi: Kompleks Belia Sukan Langkawi
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah.
Seramai 3 orang pelajar UMT yang mengambil Kursus Lanjutan Pelayaran (Advanced Sailing) di bawah kelolaan Pusat latihan Pelayaran UMT telah dilantik sebagai pegawai teknikal kejohanan. Ini merupakan kali ke-3 Majlis Sukan Negeri Kedah memberi kepercayaan kepada pelajar UMT untuk menjadi tulang belakang kepada kejohan peringkat antarabangsa ini.
Sepanjang kejohanan, pasukan teknikal UMT telah memberikan komitmen yang cemerlang dalam memastikan kelancaran operasi teknikal kejohanan, termasuk menyelaras persiapan sebelum dan selepas perlumbaan. Selain pelajar, seorang staf Pusat Latihan Pelayaran iaitu Coach Saifullah turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknikal dan pegawai pengiring bagi pelajar UMT.
Penglibatan ini bukan sahaja memberi pendedahan hands-on dan berharga kepada pelajar UMT dalam bidang teknikal sukan pelayaran, malah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara universiti dan komuniti pelayaran negara selari dengan hasrat UMT menjadi peneraju bidang kelautan dan sumber akuatik.



