KEJOHANAN 19TH YISUNSIN CUP INTERNATIONAL YACHT RACE 2025: PASUKAN UMT SAILING HARUMKAN NAMA NEGARA DI KOREA


📅 Tarikh Program: 6 – 9 November 2025
📍 Lokasi: Tongyeong City, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan


⛵TONGYEONG, KOREA – Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah di peringkat global apabila berjaya menghantar delegasi Pasukan UMT Sailing bagi menyertai kejohanan berprestij, 19th Yisunsin Cup International Yacht Race 2025. Kejohanan yang berlangsung selama empat hari ini telah menghimpunkan pelayar-pelayar terbaik dari serata dunia.


⛵Penyertaan ini merupakan satu manifestasi komitmen UMT dalam melahirkan atlet pelajar yang bukan sahaja cemerlang di dalam dewan kuliah, malah mampu bersaing di pentas antarabangsa. Pasukan UMT Sailing telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan, membuktikan bahawa kemahiran pelayaran anak tempatan setanding dengan jaguh-jaguh luar negara.


⛵Dalam kejohanan kali ini, Pasukan UMT Sailing tidak pulang dengan tangan kosong. Berkat disiplin yang tinggi dan semangat kerjasama pasukan yang utuh, mereka telah dinobatkan sebagai penerima anugerah disulami dengan hadiah wang tunai berjumlah ₩ 300,000. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan dan kecekalan yang luar biasa sepanjang perlumbaan berlangsung.

⛵Penyertaan dalam ekspedisi antarabangsa ini didorong oleh beberapa objektif utama:

  • Meletakkan nama Universiti Malaysia Terengganu sebagai hab kecemerlangan sukan pelayaran di mata dunia.
  • Memberi pendedahan secara praktikal kepada atlet pelajar mengenai teknik pelayaran teknikal dan strategi perlumbaan dalam keadaan cuaca serta arus perairan antarabangsa yang mencabar.
  • Membina hubungan diplomatik sukan dengan kelab-kelab pelayaran antarabangsa bagi tujuan pertukaran ilmu dan teknologi pada masa hadapan.