Kapal layar ke-2 milik UMT di bawah Pusat Latihan Pelayaran siap sedia untuk berlayar!
2 Mac 2021 : Pusat Latihan Pelayaran (PLP) Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama daripada pihak AIMS Global dengan jayanya telah menurunkan kapal layar Monsoon Cup (F36) yang kedua milik Universiti Malaysia Terengganu di perairan Pulau Duyong. Aktiviti penyelengaraan kapal juga telah dilakukan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kapal layar ini dapat berlayar tanpa sebarang masalah. Oleh itu, nantikan program yang menarik di Facebook Pusat Latihan Pelayaran https://www.facebook.com/umtsailingcentre