Discovery Sailing Siri 1/2023 (Inter Faculty)
Penganjuran Discovery Sailing Siri 1/2023 (Inter Faculty) telah dianjur oleh Pusat Latihan Pelayaran, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada 26-27 Julai 2023. Selaras dengan Prakarsa HEPA ‘ Meluncur Pelayaran Untuk Semua’ program yang julung kali diadakan ini menjemput 6 fakulti/pusat akademik di UMT untuk menghantar pasukan masing masing. Menariknya ia mendapat maklum balas yang bingkas dari semua fakulti termasuk dekan-dekan dan Timb.Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang turut berlayar bersama.
Program ini berkonsepkan santai Fun Race, yang mana setiap pasukan perlu berlumba satu lawan satu di dalam keadaan angin yang perlahan ( Hari 1) dan angin kuat ( Hari 2) justeru keadaan ini menguji tahap kerjasama dan strategi pasukan.
Pasukan FPSM Sailing Team yang dikemudi nakhodanya Prof. Dr. Mohd Affendy Abd Wahid telah muncul sebagai Champion setelah mendapat tentangan sengit dari PPAL Sailing Team di pusingan akhir Final Race yang juga dikemudi oleh dekan mereka Prof. Dr.Asyraf Abd Rahman. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan FPM yang cuma mampu berada di tempat Ke-3 walaupun diwakili oleh ramai pakar pelayaran termasuk dekan mereka Prof. Dr. Wan Norsani Wan Nik.
Terima kasih kepada Prof. Ts.Dr. Mohd Zamri Ibrahim kerana sudi menyertai perlumbaan akhir dan menyempurnakan majlis penutup yang dibuat secara santai di Duyong Marina Resort.
Diharapkan objektif utama program iaitu menyebar luaskan maklumat berkaitan prakarsa dan aktiviti PLP-HEPA telah sampai kepada pengurusan tertinggi setiap fakulti. Jutaan terima kasih kepada pihak PKK dan CRAFS UMT kerana turut sama di dalam menjayakan kejohanan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada TNC (HEPA) P.M Dr. Mohd Izani Mohd Zain, di atas sokongan beliau di dalam penganjuran program ini dan bingkas untuk melaksanakan prakarsa HEPA.