Bidong Island Sailing Expedition (BISE) 2026

Bidong Island Sailing Expedition (BISE) 2026

May be an image of one or more people and text
May be an image of one or more people and text
May be an image of one or more people, beach and text that says "20 SAILING EXPEDI TION EXPEDITI EXPEDITION SLAND LAN ReRI SAILING (BISE) RISE 2026 DO!! fX0010 1 MEDIAKREATIF MEDIA KREATIF UMT shukry@umtedu.my MMTF Ledu.my"
May be an image of one or more people, people studying, speaker, television, crowd and text
May be an image of boat racing, sail, sailing boat, parasail, ocean and text
May be an image of boat racing, sailing boat, sail and text

📅 Tarikh Program: 29 Jun – 1 Julai 2026
📍 Lokasi: Pulau Bidong, Terengganu

🌊 TERENGGANUBidong Island Sailing Expedition (BISE) 2026 merupakan sebuah program ekspedisi pelayaran yang telah dianjurkan oleh Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 29 Jun hingga 1 Julai 2026. Program ini dirancang sebagai platform pembelajaran luar bilik kuliah yang menggabungkan elemen pelayaran, kepimpinan dan pembangunan sahsiah menerusi pengalaman secara langsung di laut.

⛵ Sepanjang ekspedisi, para peserta berpeluang mengaplikasikan kemahiran pelayaran melalui latihan pengendalian bot layar, navigasi asas, pengurusan keselamatan di laut serta teknik komunikasi semasa pelayaran. Selain itu, pelbagai aktiviti berasaskan cabaran telah dijalankan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama, kepimpinan dan disiplin.

🌅 Lebih daripada sekadar ekspedisi, BISE 2026 menjadi medium untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam marin serta mengeratkan hubungan sesama peserta dalam suasana pembelajaran yang interaktif. Pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang lebih kompeten, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran dalam bidang maritim.

🌊 Objektif program adalah untuk:

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelayaran melalui pengalaman praktikal di laut.
  • Meningkatkan kemahiran pengendalian bot layar, navigasi dan keselamatan maritim.
  • Membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berdaya tahan, berkeyakinan dan mampu bekerja secara berpasukan.
  • Memupuk semangat kepimpinan serta kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.
  • Melahirkan graduan yang mempunyai minat dan kompetensi dalam bidang pelayaran serta industri maritim.