BIDONG ISLAND SAILING EXPEDITION 2025
📅 29 Jun – 1 Julai 2025
📍 Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong, Terengganu
Program Bidong Island Sailing Expedition 2025 telah dilaksanakan selama tiga hari melibatkan pelajar yang mengikuti kursus lanjutan pelayaran MNS3243 menggunakan kapal layar Foundation 36.
Lokasi pelaksanaan adalah dari Pulau Duyong ke Pulau Bidong dan sekitarnya, dengan penginapan dan aktiviti utama berlangsung di Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong (UMT).
Seramai 82 orang terlibat dalam program ini yang melibatkan 22 orang pelajar yang mengambil subjek Lanjutan Pelayaran dan 60 pelajar dari fakulti FTK, 3 orang tenaga pengajar dan 3 orang pegawai pegiring telah menyertai ekspedisi ini.
Objektif program ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan praktikal kepada pelajar tentang pelayaran jarak jauh menggunakan kapal layar.
- Memperkasa kemahiran navigasi, perancangan pelayaran, dan pengurusan kru di laut terbuka.
- Mengukuhkan semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan jati diri pelajar melalui aktiviti luar bilik kuliah.
