Bidong Island Sailing Expedition 2023 (BISE 2023)
Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Hal Ehwal Pelajar Alumni telah menganjurkan Bidong Island Sailing Expedition 2023 (BISE 2023) bagi pelajar yang mengambil kursus CCS3162 Lanjutan Pelayaran pada 12 hingga 14 Jun 2023. Pelajar akan belayar keluar dari muara Sg. Terengganu di Duyong Marina Resort dan menuju ke Pulau Bidong, yang dijangka akan mengambil masa lima ke enam jam.
Program yang berkonsepkan jelajah pelayaran ini menggunakan kapal layar Foundation 36 (F36) berlayar disekitar Pulau Bidong bagi menyempurnakan modul amali dan penilaian kursus selama dua hari. Seramai 80 orang pelajar akan menyertai program ini dan sebahagian besarnya adalah terdiri daripada pelajar Fakulti Pengajian Maritim serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Informatik.