Anugerah Inovasi Pengurusan Terbaik Pusat Latihan Pelayaran
11 April 2021- Universiti Malaysia Terengganu buat julung kalinya mengadakan Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2021 bertempat di Dewan Sultan Mizan. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan anugerah kepada staff serta jabatan di Universiti Malaysia Terengganu yang telah menyumbangkan tenaga serta berjasa dalam memajukan dan membangunkan lagi pencapaian Universiti Malaysia Terengganu dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar.
Pusat Latihan Pelayaran telah membuktikan pencapaian yang baik sepanjang penubuhannya setelah dianugerahkan Anugerah Inovasi Pengurusan Terbaik. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai di bawah Pusat Latihan Pelayaran bagi membantu pengurusan Universiti Malaysia Terengganu. Pegawai Sains Pusat Latihan Pelayaran, Encik Izhar bin Mohd Mustaat telah menerima Anugerah Bakat Cemerlang Pengurusan dan Profesional (Teknikal) kerana pencapaian dan bakat beliau yang cemerlang sepanjang beliau berkhidmat di bawah Pusat Latihan Pelayaran UMT. Semoga dengan semua pencapaian yang diperoleh dapat membantu Pusat Latihan Pelayaran untuk meneruskan memainkan peranan utama secara profesional dalam mewujudkan program pelayaran Malaysia.