11th PERLIS OPEN REGATTA 2025
Acara: Pelayaran Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 2–4 Mei 2025 (Jumaat–Ahad)
Lokasi: Tasik Timah Tasoh, Perlis
Makluman / Laporan Kejohanan
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis.
Seramai 10 orang pelajar UMT yang mengambil Kursus Lanjutan Pelayaran (Advanced Sailing) di bawah kelolaan Pusat latihan Pelayaran UMT telah dilantik sebagai pegawai teknikal kejohanan. Ini merupakan kali ke-2 Majlis Sukan Negeri Perlis memberi kepercayaan kepada pelajar UMT untuk menjadi tulang belakang kepada kejohan peringkat kebangsaan ini.
Sepanjang kejohanan, pasukan teknikal UMT telah memberikan komitmen yang cemerlang dalam memastikan kelancaran operasi teknikal kejohanan, termasuk menyelaras persiapan sebelum dan selepas perlumbaan serta membantu pihak penganjur dalam aspek logistik pelayar. Selain pelajar, seorang staf Pusat Latihan Pelayaran iaitu Coach Nor Naeilah Binti Nor Hassan turut dilantik sebagai juri kejohanan dan pegawai pengiring bagi pelajar UMT.
Penglibatan ini bukan sahaja memberi pendedahan hands-on dan berharga kepada pelar UMT dalam bidang teknikal sukan pelayaran, malah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara universiti dan komuniti pelayaran negara selari dengan hasrat UMT menjadi peneraju bidang kelautan dan sumber akuatik.




