Maritime Heritage Skill Course

Maritime Heritage Skill Course

Diantara program high impact yang dirancang Pusat Latihan Pelayaran adalah bagi menganjurkan Maritime Heritage Skill course yang bertujuan mengekalkan ilmu pertukangan pembuatan perahu/kapal tradisional Terengganu. Ini merupakan langkah awal usaha kami dengan memasukkan kursus khas ini ke dalam amali pelajar MNS2203 ( kompetensi asas pelayaran) yang dibimbing oleh pakar pembuat boat tradisional pulau duyong ( pok hashim). Program bermula pada Ahad, 18 April 2020 iaitu pada waktu amali pelajar Kompetensi Asas Pelayaran. Jika tidak anak muda pada masa kini yang menjaga tradisi ini maka siapa lagi.