10 September 2022 | Program Pelayaran Kemerdekaan 2022
Pusat Latihan Pelayaran dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu menganjurkan program pelayaran kemerdekaan 2022 bertempat di UMT-Community Sailing Clubhouse, Pulau Duyong , Terengganu. Seramai 24 peserta dari kalangan ahli persekutuan Pengakap Malaysia menyertai program ini.Program ini telah dirasmikan oleh En Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut – Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu.