PUSAT LATIHAN PELAYARAN

UNIVERSITY MALAYSIA TERENGGANU

PENGENALAN

Pusat latihan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mula beroperasi 1 Ogos 2019 lalu menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai pelayar pelayar muda di Malaysia. Ianya turut menjadikan universiti terbabit sebagai peneraju program berkaitan pelayaran dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Selain itu, kewujudan Pusat Latihan pelayaran adalah bertujuan membudayakan pelayaran kepada komuniti di Terengganu amnya terutamanya dalam kalangan pelajar UMT sendiri.Ianya bermula sebagai salah satu subtopik amali dari subjek Keperlautan yang ditawarkan kepada pelajar dan peyertaan pelajar dalam penganjuran regatta di Malaysia.

Pusat ini juga sedang membangunkan aspek akademik dan kajian dalam bidang pelayaran diperingkat Institut pengajian tinggi selain meningkatkan aktiviti berkaitan pelayaran di dalam program pembangunan belia serta penganjurkan aktiviti komersil dan kursus professional. Pusat ini turut menjalankan program tanggungjawab sosial Universiti (USR) melalui aktiviti yang dijalankan di komuniti setempat termasuk sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Calendar of Events